Kamis, 17 Januari 2013

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

    CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH
Membahagikan Tauhid kepada 3 Kategori
Tauhid Rububiyyah
Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Asma’ dan Sifat: Boleh menjerumus kepada tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam
ii. Merterjemahkan yadd sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka

Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah
Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa uraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
Menolak dan menganggap sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
Berselindung di sebalik mazhab Salaf
Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri
Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah saw boleh membawa kepada syirik
Tidak mengambil berat kesan-kesan peninggalan para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
Memandang remeh karamah para auliya’
SIKAP
Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan
Mengganggap diri sebagai mujtahid (walaupun tidak layak)
Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal)
ULUM HADIS
Menolak beramal dengan hadis dhaif
Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini
Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’
Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.
ULUM QURAN
Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil)
FIQH
Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta’sub mazhab
Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
Najis
Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
Wudhu’
Tidak menerima konsep air musta’mal
Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
Azan
Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak
Solat
Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah
Berdiri secara terkangkang
Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
Memakai jubah dengan singkat yang melampau
Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah
Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram
Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai
Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000, 10,000 dll sebagai bid’ah
Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat dll
Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
Pengurusan Jenazah dan Qubur
Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah saw, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah
Mengharamkan wanita menziarahi kubur
Menganggap talqin sebagai bid’ah
Mengganggap amalan tahlil, yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah saw dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah
Munakahat
Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)
Majlis Sambutan Beramai-ramai
Menolak sambutan maulid nabi; bahkan menolak cuti selama hari Maulid Nabi; bahkan yang lebih bodoh lagi  lagi menyamakan sambutan maulud nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
Menolak amalan marhaban
Menolak amalan barzanji.
Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid’ah
Menolak sambutan Ma’al Hijrah
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
Ibnu Taymiyyah
Ibnu al-Qayyim
Muhammad Abdul Wahhab
Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
Nasiruddin al-Albani
Sheikh Soleh Ibn Uthaimin
Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’)
Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, telaga baginda, tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik
TASAWWUF DAN TAREQAT
Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:
Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang serius oleh ummat Islam.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam.


« Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan penyebar tasawuf di Jawa Barat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar